ConnectedMoms.com Ticker
ConnectedMoms.com Ticker

Wednesday, December 2, 2009

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

IBU HADIF'S GIVEAWAY.....contest lagi. Bila tahu ada contest ni rasa excited sangat. Nak berkongsi cerita MUHAMMAD AL-AMEEN anugerah terindah buat kami.

Jom check kata2 aluan IBU HADIF - penganjur contest:


Bismillahirrahmanirrahim
.

23 Disember ni genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K. so, sempena dengan itu, saya dengan seikhlas hati nak anjurkan contest khas untuk ibu/ummi/mama/mummy bloggers...

.Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ini akan bermula pada hari ni, 24 November hingga 18 Disember 2009 jam 1.00 pm.

AN.

ANDA NAK JOIN SAME? KLIK BANNER KAT ATAS YA.

Meh tengok syarat² nye...

1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.

2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.

3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.

4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.

5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.

6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...

7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.

8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)

9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.


10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.

.

Bosan baca syarat giveaway?
Meh cuci mata tengok hadiah pulak...

Oleh sebab ini adalah my 2nd Aniversary,
so hadiah pon ada 2 jer...hehehe


.

Jom ramai-ramai meriahkan Ibu Hadif’s Giveaway... Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!

.NAMA : MUHAMMAD AL-AMEEN BIN MOHD JUMAT
UMUR : 2 TAHUN 2 BULAN


CERITA UMMI & ABI = ANUGERAH TERINDAH :

"Malam itu air mata saya tumpah lagi dalam sujud terakhir solat. Ada rasa sebak yang amat menekan tatkala membaca doa Nabi Zakariya AS dari ayat 38 surah Ali-Imran.

"DAN ZAKARIYA KETIKA DIA MENYERU TUHANNYA, YA TUHANKU ANUGERAHKANLAH KEPADAKU DARI SISIMU ZURIAT YANG TERBAIK. SESUNGGUHNYA DIKAU MAHA MENDENGAR DOA."

3 tahun menanti untuk merasai nikmat mengandung dan memiliki zuriat, bukan penantian biasa-biasa. Ia penantian penuh emosi, duka dan air mata. Jika tidak kerana kekuatan suami, mungkin saya akan kecundang dalam kemurungan dan hanyut melayan lautan air mata.

Saya pernah rasa malu untuk pulang ke kampung, bimbang pertanyaan tentang anak. Nenek saya selalu bertanya, "Belum 'berputik' (mengandung) lagi ke?". Paling menusuk hati bila ada seorang saudara menuturkan..... "Kalau tak dapat anak macam mana?"

Itu cerita duka.

  • Ikhtiar usah cerita, saya berjumpa pakar sakit puan, makan pil subur, berurut - pernah tukang urut ambil kesempatan mengenakan bayaran lebih mahal untuk saya, sedangkan bayaran sebenarnuntuk upah urutannya tidak semahal itu. Saya juga mengamal herba HPA untuk kesuburan.

Paling penting, bibir saya sentiasa basah dengan doa Nabi Zakariya di atas. Dalam sujud, di luar solat doa itu sentiasa saya amalkan. Itu kekuatan saya. ANUGERAH TERMAHAL ALLAH BUAT HAMBANYA.

Namun, semua sengsara itu hilang bila mana saya disahkan mengandung. Rasa hilang semua luka, kering segala air mata.

Bila anak menendang seolah minta disayangi, saya dan suami gembira tak terkata.

  • KEMUNCAK KEGEMBIRAAN ANUGERAH TERINDAH..... bila MUHAMMAD AL-AMEEN lahir ke dunia. Tiada air mata yang gugur, cuma segaris senyuman yang telah lama saya simpan sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH.
Bila berdua dengan Muhammad Al Ameen di wad, saya bisikkan padanya, "Kenapa Ameen datang lambat sangat? Lama ummi tunggu..... tapi, tak pe lambat pun, sebab anak ummi hensem......kikiki."

  • HARAPAN BUATMU ANAKANDA : Sampai sekarang saya tidak pernah berhenti berdoa agar MUHAMMAD AL-AMEEN mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW sesuai dengan nama pilihan abi dan ummi, juga Ameen disayangi dan disanjungi penduduk langit dan bumi kerana kesolehan dan ketaatan pada Allah serta Ameen dianugerahkan kebijaksanaan yang menjadi kebanggaan Islam dan umatnya."
INI CERITA SAYA, BAGAIMANA CERITA ANDA?

Tu jelah Ibu Hadif....panjang ker? Hehehe..... terima kasih daun keladi, lain kali buat le contest lagi....

p/s : nama MUHAMMAD AL-AMEEN sudah lama saya pilih, masa time belajar di DQ lagi. suami pun suka. sebab tu hari pertama lahir dah panggil Ameen.

ANAK MEMANG ANUGERAH TERINDAH




1 comments:

ummu ameen said...

testing power

Post a Comment