Monday, July 13, 2009

BILA AMEEN DEMAM

Bila Ameen demam ummi dan abi sangat risau dan takut.....takut dengan berbagai kemungkinan.... jadi, hanya pada Allah tempat ummi dan abi berdoa agar memberikan perlindungannya pada Ameen. Sekarang banyak menular penyakit berjangkit semoga Allah memelihara kita sayang dari kemungkinan yang buruk.....

mamatok di kelantan pesan, Ameen demam kene buka baju biar panas keluar

" Ya Allah, peliharalah anakku....kurniakan dia kesihatan dan dapat membesar menjadi hambaMu yang taat, umat Rasulullah yang sangat mencintai baginda, menjadi anak soleh untuk ummi dan abi juga menjadi kebanggaan Islam dan umatnya juga disanjungi dan menjadi sebutan penduduk langit dan bumi.....ameen Ya Robb."

Friday, July 3, 2009

MUHAMMAH AL- AMEEN DAN SITI NUR SAKIINAH

Sedikit kisah Ameen dan Sakiinah.......
Ameen dan Sakiinah berkongsi bulan dan tahun kelahiran yang sama, cuma hari dan tarikh berbeza. Sakiinah lahir 23 Oktober lebih kurang jam 6 pagi, manakala Ameen lahir pada tengah malam pukul 1 pagi jadi tarikh sudah bertukar : 24 Oktober.

Apapun, semoga anak-anak ini jadi kebanggan Islam dan umatnya serta menjadi hamba-hamba Allah yang taat.

Sakiinah sudah dapat adik baru-baru ini, insya Allah adik Ameen akan menyusul Januari 2010 nanti.