Monday, December 28, 2009
Monday, December 21, 2009
MENUNGGU KELAHIRAN KEDUA
Sebagai ibu yang bakal bertarung nyawa nanti, seharusnya ummi memperbanyakkan solat sunat taubat, memohon maaf pada abi, ma dan ayah.....kerana mungkin ini hari-hari terakhir bergelar hamba Allah.
Gembira menanti baby yang bakal lahir......semoga ia lebih memberi sinar dan senyuman kepada kami nanti...
ANAK 1 - 3 TAHUN SUKA MENEROKA
Peringkat ini juga adalah tahap pembangunan kedua usia anak kecil selepas bayi yang mana dalam tempoh ini, kanak-kanak ini mula belajar bertatih dan bertutur serta kemahiran kendiri lain.
Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rumaya Juhari, berkata ibu bapa perlu menghargai keunikan setiap anak dalam lingkungan umur sebegini.
Katanya, pada peringkat umur ini wujud beberapa perkembangan dalam diri anak-anak termasuk mula bertatih, belajar bercakap dan mengikut aksi orang dewasa.
Beliau berkata, aksi kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan menyebabkan mereka aktif dan adakala sukar dikawal dan mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.
"Saya rasa nakal - satu perkataan yang agak keterlaluan untuk anak umur ini, ciri ego yang ada dalam diri anak-anak pada peringkat ini menyebabkan mereka memusat hanya kepada diri sendiri. Ini adalah ciri utama mereka. "
“Maka, anak-anak ini berasakan tiada apa yang lebih baik, penting dan bagus selain dari diri mereka,” katanya.
Dr Rumaya berkata, pada peringkat umur berkenaan, penerokaan menjadi tugas penting mereka kerana sentiasa mahu mengetahui, mencuba dan merasa.
Bagi mereka yang lebih cepat bercakap berbanding kanak-kanak lain, sudah tentu soalan demi soalan akan dikemukakan kepada ibu bapa atau orang paling rapat dengan mereka.
Kemahiran fizikal juga semakin meningkat apabila menyedari mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada sebelumnya seperti berlari laju, lebih stabil, boleh memanjat, mengimbangi diri dan sebagainya.
Kerenah anak-anak ini juga semakin bertambah termasuk sudah pandai memilih makanan seperti sedap dan tidak sedap, tidak mahu makan atau hanya mahu makanan ringan seperti keropok dan gula-gula. Perlu diingat pada usia sebegini, anak-anak kecil ini berupaya membuat keputusan memilih seperti pakaian yang digemari, atau alat mainan disukai malah sudah pandai meragam apabila disuruh tidur atau mandi.
Dr Rumaya berkata, pada usia sebegini ibu bapa jangan melabelkan anak mereka sebagai nakal kerana mereka sebenarnya tidak begitu sebaliknya anak-anak sudah mula pandai buat “perangai” atau menunjukkan tantrum iaitu melakukan sesuatu kerana faktor lapar, letih, sakit, cemas atau bimbang, bercanggah kemahuan, irihati dengan adik beradik yang lain.
Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak mahukan perhatian dan sangat penting untuk ibu bapa melayan anak-anak ini.
Layanan ini termasuk memberikan perhatian kepada keperluan emosi anak selain keperluan fizikalnya termasuk membabitkan diri dengan aktiviti anak supaya mudah untuk menyedari perubahan dan keperluan anak-anak dengan lebih tepat.
“Umur ini sangat kritikal kerana mereka umpama span yang akan menyerap maklumat yang diperoleh, mereka juga boleh meniru dan ada yang menjadi “ilmu” yang kekal hingga dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi aktiviti anak seperti jangan biarkan menonton rancangan ganas di televisyen.
“Ibu bapa juga boleh merangsang perkembangan intelek anak-anak dengan kerap membaca bersamanya (walaupun dia belum pandai membaca). Tanam minat suka membaca dengan memberi contoh yang anda juga suka baca.
“Ibu bapa juga boleh belikan alat tulis untuk membantu perkembangan kreativiti anak-anak walaupun mereka belum pandai menulis. Lakaran dan contengan anak-anak adalah kreativiti mereka,” katanya.
Bagi mengeratkan hubungan dengan anak, ibu bapa perlu membentuk rutin harian bersama anak terutama bagi mereka yang bekerja.
“Awas masa yang berlalu tidak akan patah balik, dan kita mungkin akan terlepas sesuatu yang amat berharga. Jangan dilepaskan peluang melihat perkembangan anak-anak ini,” katanya.
Tip Untuk Ibu bapa Melayani Anak Setahun hingga Tiga Tahun
Rujukam : http//: Ratuhati.com artikel Oleh Rohaniza Idri, Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka, Berita Harian
SUMBER SAYA PETIK DARI : http://anamarza.blogspot.com
Monday, December 14, 2009
MOMSBLOGGERSPLANET -“Cutest Baby SMILING“- CONTEST
KLIK THE PHOTO
Smiling is something that a baby always do! So, this month is a very easy theme.
Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.
- Get a photo of your baby SMILING
- Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby Smiling Contest
- Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
- Write why you love to see your baby smiling.
- Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.
- Leave a comment here with link to your blog post
Here are the links that must be included in your blog entry.
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/2162/cutest-baby-photo-contest-december-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com
That’s all. Easy, right?
CONTEST BY :
SPONSOR BY :
HERE'S MY SMILING HERO....
MUHAMMAD AL-AMEEN
2 TAHUN 2 BULAN
UMMI SUKA BILA AMEEN TERSENYUM KERANA :
- Ameen laksana bintang yang menyinari hati ummi&abi....bila Ameen tersenyum cahaya bintang itu bertambah sinarnya.
- Tanda Ameen SIHAT.....BIJAK.....MEMAHAMI.....MEMBERI RESPON YANG SANGAT BAIK....
- Ummi rasa sangat bahagia melihat senyuman Ameen....terasa dunia ummi sangat berseri....dan bergemerlapan cahayanya.
- Ya.....semua orang sukakan senyuman....apatah lagi senyuman dari seorang anak yang dikandung oleh ibunya selama 9 bulan, tiada yang lebih berharga dari itu.....
BUTIK BALQIS SAYANG GIVEAWAY

1. Buat entry pasal giveaway ni kat blog anda
2. jadi follower MAMA BALQIS'S DIARY dan BUTIK BALQIS SAYANG
3. masukkan kedua-dua blog ini di blog list anda
4. tinggalkan comment berserta link anda disini
Hadiahnya adalah..... 2 set Baby Suit (Sorang satu yer...)
31 DISEMBER 2009 (at 12.00 noon)
SEMOGA REZEKI DIBERKATI-NYA
AMEEN SUDAH 2 TAHUN 2 BULAN
ABI +UMMI akhir2 ni pening dengan kerenah Ameen. Meragam dan suka buat perangai. May be sebab nak dapat adik. Abi+ummi mahu Ameen jadi anak soleh, abi+ummi tahu Ameen masih sgt kecil untuk selalu dipukul atau dijentik....tapi, abi+ummi jg tahu perbuatan + kelakuan Ameen perlu di"cut". Bagaimana caranya? Abi+ummi tak mahu jadi ibu bapa yang kerap memukul anak......
Terjumpa satu artikel tentang kanak2 1-2 tahun dari web tadika oren & taska lemon:
"Toddler" - 1 tahun dan 2 tahun
Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia bayi dan kanak-kanak inilah mereka belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru.
Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri. Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.
Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas, walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka. Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur 2 ½ hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun.
UMUR SETAHUN
Perkembangan Fizikal – Mereka mungkin kurang makan tetapi lebih kerap. Mereka mula lebih pandai makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot. Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan berbanding semasa bayi. Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan. Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan. Mereka boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan. Mereka juga boleh menconteng dan menyusun blok.
Perkembangan Sosio-Emosi – Mengamuk dan meragam adalah kebiasaan. Mereka susah untuk berkongsi mainan dan amat mengawal barangan mereka. Mereka mahu melakukan sesuatu sendiri, tanpa bantuan. Mereka tidak ingat larangan. Perasaan mereka berubah dengan pantas. Perasaan mereka selalunya sangat kuat tetapi tidak berpanjangan. Mereka suka bermain sendirian atau di sebelah kanak-kanak lain. Mereka menganggap diri mereka sebagai tumpuan semua orang. Mereka mungkin sentiasa mahukan ibubapa. Mereka juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu.
Perkembangan Kepintaran – “Toddler” akan menamakan objek atau orang yang mereka biasa. Kadar perhatian mereka amat pendek. Mereka juga sentiasa curiga. Mereka selalu menggunakan perkataan “tak”. Mereka menunjuk kepada objek yang mereka mahu. Mereka boleh menyebut nama anggota badan dan gambar-gambar yang sudah biasa. Mereka meniru bunyi binatang. Mereka boleh memegang pensil dan menconteng. Mereka menggabung dua perkataan untuk membuat satu ayat asas. Mereka menggunakan objek mengikut keperluan mereka. Mereka juga mula memasukkan orang kedua di dalam permainan atau lakonan olok-olok mereka.
UMUR 2 TAHUN
Perkembangan Fizikal – Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan. Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka.
Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”. Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga masih perlu berasa selamat.
Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya.
Customized Felt Tshirt Giveaway
- Jom kita check apa kata puan penganjur contest..... TINIHANI:
Tak lama lagi saya nak lancarkan produk terbaru dari kedai saya. Customized Felt Tshirt. Berwarna-warni, anda boleh pilih design untuk dihasilkan diatas tshirt anda. Sebelum pembukaan secara rasmi. Saya nak buat giveaway sebagai cara promosi awal.
Bukan satu tshirt tapi 4 tshirt akan diberi kepada 4 orang yang bertuah (sorang satu lah eh heheh). Tak kisah la untuk saiz apa pon. Kalau dah menang cabutan bertuah tu anda boleh request nak buat design apa. Syarat-syarat untuk memasuki dan memenangi giveaway ini adalah (senang aje..):
1. Buat satu entry khas di blog anda untuk Customized Felt Tshirt Giveaway. Nyatakan juga design/perkataan yang anda ingin lihat diatas tshirt anda.
2. Tinggalkan komen anda bersama link entry yang telah anda buat berserta email diruangan komen
3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2009 jam 12.30tengah hari.
contoh komen: TiniHani nak joint.. saya nak word:FAMILY pic:LOVE
Itu aje... Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik khas nanti.- OK....bicara saya :
UMMI DAH LAMA IMPIKAN BAJU AMEEN YANG TERTULIS :
+
ada gambar 2,3 bintang
itu saja sis Tini Hani-semoga bisnes bertambah maju,insyaALLAH-
Thursday, December 3, 2009
AHSANTA YA BUNAYY
Masa Ameen umur 2,3 bulan ummi dah belikan Ameen buku. Akhir2 ni, baru Ameen tunjukkan minat yang amat mendalam pada buku..... suka tengok gambar, suka tunjuk2, suka tanya apa ni??, SUKA KOYAK buku.....huhuhu.
Hari ni abi belikan Ameen pensil warna...excited betul dia nak guna.
baru bangun tido, baru dapat pensil warna
masih excited. apa kes le nak tulis kat hujung kertas tu....hmmmm.
Wednesday, December 2, 2009
Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah
Jom check kata2 aluan IBU HADIF - penganjur contest:
.
23 Disember ni genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K. so, sempena dengan itu, saya dengan seikhlas hati nak anjurkan contest khas untuk ibu/ummi/mama/mummy bloggers...
.Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah ini akan bermula pada hari ni, 24 November hingga 18 Disember 2009 jam 1.00 pm.
AN.
ANDA NAK JOIN SAME? KLIK BANNER KAT ATAS YA.
Meh tengok syarat² nye...
4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh...
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.
.
Meh cuci mata tengok hadiah pulak...
Oleh sebab ini adalah my 2nd Aniversary,
so hadiah pon ada 2 jer...hehehe
.
Jom ramai-ramai meriahkan Ibu Hadif’s Giveaway... Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!

UMUR : 2 TAHUN 2 BULAN
CERITA UMMI & ABI = ANUGERAH TERINDAH :
"DAN ZAKARIYA KETIKA DIA MENYERU TUHANNYA, YA TUHANKU ANUGERAHKANLAH KEPADAKU DARI SISIMU ZURIAT YANG TERBAIK. SESUNGGUHNYA DIKAU MAHA MENDENGAR DOA."
3 tahun menanti untuk merasai nikmat mengandung dan memiliki zuriat, bukan penantian biasa-biasa. Ia penantian penuh emosi, duka dan air mata. Jika tidak kerana kekuatan suami, mungkin saya akan kecundang dalam kemurungan dan hanyut melayan lautan air mata.
Saya pernah rasa malu untuk pulang ke kampung, bimbang pertanyaan tentang anak. Nenek saya selalu bertanya, "Belum 'berputik' (mengandung) lagi ke?". Paling menusuk hati bila ada seorang saudara menuturkan..... "Kalau tak dapat anak macam mana?"
Itu cerita duka.
- Ikhtiar usah cerita, saya berjumpa pakar sakit puan, makan pil subur, berurut - pernah tukang urut ambil kesempatan mengenakan bayaran lebih mahal untuk saya, sedangkan bayaran sebenarnuntuk upah urutannya tidak semahal itu. Saya juga mengamal herba HPA untuk kesuburan.
Paling penting, bibir saya sentiasa basah dengan doa Nabi Zakariya di atas. Dalam sujud, di luar solat doa itu sentiasa saya amalkan. Itu kekuatan saya. ANUGERAH TERMAHAL ALLAH BUAT HAMBANYA.
Namun, semua sengsara itu hilang bila mana saya disahkan mengandung. Rasa hilang semua luka, kering segala air mata.
Bila anak menendang seolah minta disayangi, saya dan suami gembira tak terkata.
- KEMUNCAK KEGEMBIRAAN ANUGERAH TERINDAH..... bila MUHAMMAD AL-AMEEN lahir ke dunia. Tiada air mata yang gugur, cuma segaris senyuman yang telah lama saya simpan sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH.
- HARAPAN BUATMU ANAKANDA : Sampai sekarang saya tidak pernah berhenti berdoa agar MUHAMMAD AL-AMEEN mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW sesuai dengan nama pilihan abi dan ummi, juga Ameen disayangi dan disanjungi penduduk langit dan bumi kerana kesolehan dan ketaatan pada Allah serta Ameen dianugerahkan kebijaksanaan yang menjadi kebanggaan Islam dan umatnya."
Tu jelah Ibu Hadif....panjang ker? Hehehe..... terima kasih daun keladi, lain kali buat le contest lagi....
p/s : nama MUHAMMAD AL-AMEEN sudah lama saya pilih, masa time belajar di DQ lagi. suami pun suka. sebab tu hari pertama lahir dah panggil Ameen.