Kegembiraan Ameen memang kebahagiaan ummi dan abi. Ketawa Ameen memang penawar paling mujarab buat ummi dan abi. Keletah Ameen memang kebanggaan ummi dan abi. Untuk mu anak, semoga sampai masa bila kau sudah mengerti, kau akan tahu bahawa kasih dan cinta ini bukan minta dibalas maharnya....cukuplah, kau menjadi insan terpilih dalam pilihan Ar Rahman. Terpilih untuk menjadi manusia yang sedar dirinya khalifah dan meletak cinta dan redha Allah prinsip tertinggi kehidupanmu....
SEKITAR GAMBAR KENANGAN KETIKA CIKMAH DATANG